Ibu sawat internet serantau pacu pertumbuhan

April 11, 2022

Syah

news

0

PETALING JAYA – Pengwujudan ibu sawat internet (IX) serantau dilihat penting bagi memacu pertumbuhan terutamanya dalam ekonomi digital, menurut Ketua Pegawai Eksekutif DE-CIX International, Ivo A. Ivanov.

Jelasnya, penubuhan IX serantau di seluruh Asia Tenggara bukan sahaja memberikan kadar kependaman rendah dan ketersambungan berkelajuan tinggi di kawasan kurang mendapat perkhidmatan, malah membolehkan aliran data rentas sempadan pada kos lebih rendah untuk perniagaan.

“Di Malaysia, keperluan menyokong pertumbuhan ekonomi digital yang sihat yang dicerminkan dalam Laporan SEA e-Conomy 2021, yang menekankan bahawa semua sektor internet pulih dengan kukuh di Malaysia dengan pertumbuhan tahunan dua digit.

“Ekonomi internet negara dijangka mencecah AS$35 bilion (RM147.9 bilion) pada 2025, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 14 peratus.

“Justeru, penting bagi bandar dan perniagaan mempunyai infrastruktur lebih baik untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital yang kompetitif dan menyediakan rakyat dengan ketersambungan kependaman rendah, yang boleh dibekalkan IX serantau,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ivanov menambah, memiliki IX di bandar menghasilkan kesalinghubungan lebih baik dan kos lebih rendah yang membuka peluang lebih baik untuk perniagaan berinteraksi dan mencipta perkhidmatan baharu, serta menggalakkan penubuhan syarikat pemula baharu dalam ekonomi digital.

“Dalam jangka panjang, ini akan menghasilkan industri perkhidmatan dan kandungan digital yang berkembang pesat dalam ekonomi tempatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Post by Syah Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *